s...

s...
...

Sunday, 22 August 2010

sedikit petikan utusan ayah buat yal yang saya nak share....
 
yal-kedua dr kanan ;)
 
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  
"salam,baru balik balik sembahyang tarawih. emak pun pergi sembahyang dgn ayah. terasa cepat sekali sembahyang terawih kali ini. masa sembahyang sentiasa teringat pada yar. setiap saat......I cried..Ayah sentiasa berdoa supaya ayah diberi kekuatan fisikal dan mental untuk menghadapi dugaan dan pada masa yg sama ayah juga berdoa supaya yar diberi hidayah oleh Allah utk menjadi seorang yg beriman dan mempunyai kekuatan menghadapi segala kekusutan akahir-akhir ini.

Teringat  masa di Serdang dan SP dulu kita sama-sama pergi sembahyang di masjid dgn abang dan ifwat. lepas sembahyang pergi makan dan sembang-sembang di maulana. bagi ayah itu merupakan saat yg sangat membahgiakan. ayah bersyukur kpd Allah diatas kurnianya putera-putera yg berketerampilan, hormat kpd ibu bapa dan berpengetahuan. Balik rumah kita kumpul depan rumah dan sembang-sembang .............well it was so nice having all my children ALL around talking and telling all their experiences.

masih terdengar bacaan Al Quran yar semasa dibilik atas SP. Ayah bagi tau emak sedap bacaan yar macam qari kat tv. terbayang ayah sewaktu yar masih kecil dan membesar jadi dewasa sekarang. Kita sekeluarga menghadapi hari-hari yang sangat menyeronokkan. I really enjoy entertaining you and the others although i have some limitation. pd ayah you have all the qualities to be good individuals."

Harap abg yal kembali kpd abg yal yang dulu..
itu saje pesanan ifwat pada abg yg tercinta...

 

Friday, 12 March 2010

sebelum flight ke Tokyo-16feb


Sebelum pergi Tokyo, agak sedih nak tinggal abang, kakak dan yal. Bukan saja mereka tapi juga tok dan opah. Tapi bukan saja tok dan opah, akmal, iman, aina, fatihah, jiha pun sama. dan semua keluarga mak dan ayah.*hahaha lawak bodoh*. Tapi kitorang sempat jugak makan beramai2 di KFC. Terima kasih kpd cik ab, cik bib dan cik yah yg belanja kami. sebelum kami nak check in, pak cik radzi bacakan doa selamat. Selepas doa dibacakan, kami bersalaman buat kali terakhir. Aku menitiskan air mata jantan aku kerana tidak sanggup nak tinggalkan semua terutama abg, kkk, yal...thats all...